Perenang Britain kuasai acara 200m gaya bebas lelaki

27/07/2021 10:43 AM

TOKYO, 27 Julai -- Dua perenang Britain menguasai acara 200 meter gaya bebas lelaki dengan menduduki tempat pertama dan kedua dalam temasya Olimpik Tokyo 2020 di sini pada Selasa, lapor Xinhua.

Tom Dean, 21, merangkul emas dengan catatan masa satu minit 44.22 saat diikuti rakan senegara Duncan Scott, 0.04 saat di belakang.

Perenang Brazil, Fernando Scheffer memperoleh gangsa dengan catatan masa 1:44.66 saat.

-- BERNAMA