Atlet gimnastik AS Simone Biles tarik diri atas "faktor perubatan"

Simone Biles Kredit: xinhuanet.com
27/07/2021 10:53 PM

TOKYO, 27 Julai -- Pasukan gimnastik Amerika Syarikat (AS) mengesahkan Simone Biles menarik diri daripada saingan berpasukan wanita di temasya Olimpik Tokyo.

"Simone Biles telah menarik diri atas faktor perubatan. Dia akan dipantau setiap hari untuk memastikan sama ada dia boleh bertanding untuk pertandingan yang lain," kata pasukan AS dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Biles, 24, dijadual bersaing dalam beberapa lagi acara hujung minggu ini.

Beliau atlet wanita pertama yang berjaya mara peringkat akhir untuk keenam-enam acara di kejohanan Olimpik sejak 1992.

-- BERNAMA