Britain ketepikan AS dalam acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti lelaki

Sumber: https://olympics.com/tokyo-2020 (Foto: Al Bello/Getty Images)
28/07/2021 03:19 PM

TOKYO, 28 Julai -- Britain memenangi emas di Olimpik Tokyo dalam acara 4x200 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki dengan catatan masa enam minit 58.58 saat pada Rabu, lapor Xinhua.

Sementara itu, skuad renang Rusia menduduki tempat kedua dengan catatan masa 7:01.81 saat dan gangsa milik pasukan Australia yang hanya ketinggalan 0.03 saat.

Amerika Syarikat (AS)  yang menempa kemenangan berturut-turut dalam acara terbabit sejak Athens 2004, terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat.

-- BERNAMA