Pelumba Belanda Van Vleuten sumbang emas acara lumba basikal ujian masa

28/07/2021 05:00 PM

TOKYO, 28 Julai -- Pelumba Belanda, Annemiek Van Vleuten, menyumbang emas buat negaranya menerusi acara berbasikal ujian masa individu wanita di Olimpik Tokyo 2020, pada Rabu.

Menurut Xinhua, Van Vleuten merekodkan masa terpantas di setiap checkpoint dengan catatan masa  30 minit 13.49 saat, sekali gus memenangi emas pertamanya di kejohanan Olimpik.

Sementara itu, rakan senegara Anna van der Breggen yang mencatat masa 31:15.12 di tempat ketiga dan pelumba dari Switzerland, Marlen Reusser meraih perak dengan catatan masa 31: 09.96

Seramai 25 pelumba menyertai acara terbabit dengan jarak perjalanan sejauh 22.1 kilometer.

-- BERNAMA