Atlet China hadiahkan emas, perak dalam acara trampolin wanita

Zhu Xueying. (Foto: olympics.com)
30/07/2021 04:57 PM

TOKYO, 30 Julai  -- Atlet gimnastik China membolot pingat emas dan perak dalam acara trampolin wanita di Olimpik Tokyo pada Jumaat, lapor Xinhua.

Zhu Xueying memperoleh emas dengan kutipan mata 56.635 manakala rakan senegaranya Liu Lingling merangkul perak dengan kutipan mata 56.350.

Bryony Page dari Britain sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan kutipan mata 55.735. 

-- BERNAMA