Beregu campuran, pilihan kedua Wang, Huang tundukkan pilihan nombor satu China

30/07/2021 07:21 PM

TOKYO, 30 Julai  -- Pemain pilihan kedua China, Wang Yilyu dan Huang Dongping menewaskan pilihan nombor satu dunia, Zheng Siwei dan Huang Yaqiong dalam acara badminton beregu campuran di Olimpik Tokyo pada Jumaat.

Pasangan itu menang 21-17 pada seta pertama tetapi tewas di set kedua dengan  17-21.

Wang dan Huang bangkit semula pada set penentuan dengan kemenangan 21-19 sekali gus merangkul emas Olimpik pertama mereka, lapor Xinhua.

Pasangan Jepun Yuta Watanabe dan Arisa Higashino menewaskan Tang Chun Man dan Tse Ying Suet dari Hong Kong,  21-17 dan 23-21 untuk memperoleh gangsa.

-- BERNAMA