Emas acara 1,500m gaya bebas lelaki jadi milik perenang AS Robert Finke

01/08/2021 12:41 PM

TOKYO, 1 Ogos -- Robert Finke menyumbang satu lagi emas buat skuad renang Amerika Syarikat (AS) menerusi acara 1,500 meter (m) gaya bebas lelaki di temasya Olimpik 2020 pada Ahad.

Sebelum ini atlet itu menguasai acara 800m gaya bebas, lapor Agensi Berita Xinhua.

Finke tiba di garisan penamat dengan catatan masa 14 minit 39.65 saat sementara pingat perak menjadi milik Mykhailo Romanchuk dari Ukraine dan gangsa diraih Florian Wellbrock dari Jerman.

-- BERNAMA