Olimpik Musim Sejuk Beijing, 500 sukarelawan mula jalani latihan

Kredit: China Media Group (CMG)
24/10/2021 05:27 PM

BEIJING, 24 Okt -- Sebanyak 500 orang sukarelawan mula menjalani latihan dan bertugas di Perkampungan Atlet Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing. 

Sukarelawan itu menjalani latihan mengenai bagaimana untuk mengendalikan robot pintar dan menyusun panduan prosedur operasi.

Selain itu mereka turut diberikan latihan teknologi komunikasi radio termasuk cara menggunakan peralatan dan menjalankan ujian komunikasi.

Lebih 2,500 sukarelawan dilaporkan bakal berkhidmat dalam lebih 30 bidang di tiga Perkampungan Atlet iaitu Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou.

Mereka akan menjalani latihan sehingga Januari 2022.

-- BERNAMA