Sarjit Panggil 46 Pemain Bentuk Wajah Baharu Speedy Tigers

Ketua Jurulatih Skuad Hoki Negara, Sarjit Singh ketika sidang media khas di Stadium Hoki Nasional hari ini.
12/03/2024 04:29 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pengendali skuad kebangsaan yang baharu Sarjit Singh melakukan kejutan dengan memanggil 46 pemain daripada pasukan dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) bagi menyertai sesi latihan bermula 19 Mac ini.

Beliau berkata kem latihan itu bertujuan melihat keboleh setiap pemain sebelum mereka dimuktamadkan kepada 30 orang bagi membentuk wajah baharu Speedy Tigers bagi menghadapi  saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei dan Piala Negara-Negara di Poland pada 30 Mei hingga 1 Jun.

Menurut Sarjit, kesemua pemain akan dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk berentap sesama sendiri dalam lapan perlawanan sebelum senarai penuh skuad negara dikeluarkan 1 April ini

"Setiap pemain dianggarkan mendapat 320 minit permainan bagi perlawanan ini. Lapan perlawanan sesama kalau mereka tunjuk kemahiran mereka dan buktikan mereka layak jadi mereka akan masuk pasukan kebangsaan. 

"Latihan ini dibuat bermula 19 hingga 30 Mac,  tiga pasukan kita ada enam penjaga gol, satu pasukan ada dua penjaga gol, jadi harap ini saingan sihat untuk pemain buktikan mereka boleh bermain," katanya pada sidang media pengumuman senarai pemain di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini hari ini. 

Sarjit berkata meskipun pemain skuad hoki kebangsaan telah dipilih kelak, namun beliau masih membuka peluang dan ruang kepada pemain lain yang berkebolehan dan mahu menonjolkan kemampuan diri menyertai skuad negara.

Katanya, pemain perlu menghubunginya dan menyertai kem latihan selama seminggu sebelum beliau memutuskan sama ada mereka layak untuk menjadi skuad Speedy Tigers atau sebaliknya. 

Januari lepas, Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan pembubaran skuad The Speedy Tigers selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan perkembangan terbaharu menyaksikan Sarjit dipilih bagi mengambil alih tugas ketua jurulatih yang sebelum ini disandang Arul Selvaraj.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Datuk Ahmad Najmi Razak memberi amaran kepada semua pemain yang dipilih agar tidak mensia-siakan peluang mempamerkan kebolehan menjadi sebahagian daripada pasukan Speedy Tigers yang baharu. 

"Bukan mudah untuk peroleh peluang ini, jadi rebutlah ia beraksi untuk Malaysia. Sekarang anda berentap sesama sendiri dan membina pasukan yang lebih baik. Saya tak mahu ada masalah peribadi, ini peluang keemasan ambillah, kalau tak mahu, kita akan ambil pemain yang betul-betul mahu berjuang," katanya. 

 Ahmad Najmi turut mengumumkan barisan penolong jurulatih iaitu Mohamad Sukri Abdul Mutalib dan Azrul Effendy Bistaman sementara jurulatih penjaga gol akan dibantu oleh S Kumar yang bertindak membantu Sarjit membentuk pasukan hoki lelaki kebangsaan.

Mengenai perancangan skuad senior, beliau berkata pihaknya mempertimbangkan untuk mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persediaan skuad negara menjelang Piala Sultan Azlan Shah.

"Tapi kita perlu meneliti bajet dan beberapa perkara dahulu, kita bincang dengan barisan jurulatih sebelum putuskan apa-apa. Kita akan beri seratus peratus sokongan kepada cadangan untuk adakan perlawanan persahabatan antarabangsa," katanya. 

Berikut senarai 46 pemain dipanggil bagi mengikuti sesi latihan serta pemilihan pasukan senior lelaki kebangsaan yang akan bermula 19 Mac ini:

 

NO

NAMA

POSISI

UMUR

  1.  

Muhammad Hafizuddin Othman

Penjaga gol

32

  1.  

Muhamad Zaimi Mat Deris

Penjaga gol

27

  1.  

Adrian Andy Albert

Penjaga gol

27

  1.  

Mohamad Rafaizul Mohamad Sani

Penjaga gol

21

  1.  

Che Shahrul Azmi Che Saufi

Penjaga gol

23

  1.  

Muhammad Danish Afnan Mohd Faizal

Penjaga gol

21

  1.  

Muhammad Faris Harizan

Pertahanan

22

  1.  

Syarman Mat Tee

Pertahanan

23

  1.  

Andywalfian Jeffrynus

Pertahanan

19

  1.  

Muhammad Arif Syafie Ishak

Pertahanan

24

  1.  

Muhammad Firdaus Omar

Pertahanan

28

  1.  

Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran

Pertahanan

27

  1.  

Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan

Pertahanan

29

  1.  

Muhammad Amirul Hamizan Azahar

Pertahanan

24

  1.  

Muhammad Najib Abu Hassan

Pertahanan

29

  1.  

Muhammad Marhan Jalil

Pertahanan

34

  1.  

Muhamad Kamarulzaman Kamaruddin

Pertahanan

24

  1.  

Perabu Tangaraja

Pertahanan

21

  1.  

Mohd Fitri Saari

Tengah

31

  1.  

Abdul Khaliq Hamirin

Tengah

27

  1.  

Mughni Mohamad Kamal

Tengah

22

  1.  

Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi

Tengah

27

  1.  

Muhamad Izham Azhar

Tengah

25

  1.  

Alfarico Lance Liau Jr

Tengah

22

  1.  

Muhammad Nursyahmi Zulkifli

Tengah

25

  1.  

Muhammad Syawal Abd Razak

Tengah

23

  1.  

Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari

Tengah

18

  1.  

Muhammad Saifuddin Azli

Tengah

24

  1.  

Mohamad Khairil Hakimi Zainol

Tengah

18

  1.  

Faizal Saari

Penyerang

33

  1.  

Mohamad Akhimullahanuar Esook

Penyerang

24

  1.  

Shello Silverius

Penyerang

25

  1.  

Muhammad Danish Aiman Khairul Anuar

Penyerang

20

  1.  

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal

Penyerang

25

  1.  

Norsyafiq Sumantri

Penyerang

27

  1.  

Muhajir Abdu Rauf

Penyerang

24

  1.  

Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini

Penyerang

20

  1.  

Muhammad Amirul Haniff Mamat

Penyerang

21

  1.  

Azimuddin Syakir Kamaruddin

Penyerang

19

  1.  

Naaveennash Panicker S Thevendran

PENYERANG

19

  1.  

Mohammad Harris Iskandar Osman

Penyerang

20

  1.  

Sriraam Vikneswaran

Penyerang

20

  1.  

Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi

Penyerang

26

  1.  

Muhammad Muhibuddin Moharam

Penyerang

24

  1.  

Tengku Nasrul Ikmal Bin Tengku Abd Rahim

Penyerang

23

  1.  

Eswaran George

Penyerang

18

 

-- BERNAMA